Tuesday, August 5, 2008

Atilia akui rumah tangga dilanda badai





LAUTAN mana tidak dilanda gelombang, bumi mana tidak ditimpa hujan dan rumah tangga mana yang tidak menghadapi masalah. Di sebalik senda gurau dan wajah yang sentiasa ceria, siapa sangka penyanyi dan pelakon terkenal, Atilia atau nama sebenarnya, Raja Putri Atilia Raja Haron sedang berhadapan krisis rumah tangga yang tidak mampu disembunyikan lagi. Beliau terpaksa akur mahligai bahagia yang dibina atas dasar cinta dengan ahli perniagaan, Ariff Johan Abdul Jalil sejak 10 tahun lalu kini dilanda badai.

Terdengar desas-desus pasangan muda ini sudah berpisah, dan ada pula yang mengatakan mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu selepas berakhirnya program realiti TV popular, Sehati Berdansa sebelum ini.

Ketika bersama suami dalam Program Sehati Berdansa di Astro Ria.
Keretakan rumah tangga mereka dikatakan berpunca dari kehadiran `orang ketiga'. Benarkah mahligai rumah tangga anak perempuan Salamiah Hassan itu kini goyah hingga boleh diumpamakan bagai telur di hujung tanduk? Begitu perlahan menyusun kata, Atilia menafikan dakwaan beliau sudah bercerai, namun mengakui rumah tangganya sedang dilanda krisis.
"Khabar angin menyatakan kami sudah bercerai tidak tepat... saya masih lagi isteri Ariff hingga ke hari ini. Namun, apa yang boleh saya katakan, kami sedang menghadapi masalah dan sedang berusaha menyelamatkan rumah tangga kami," katanya. Beliau turut menyatakan sudah bosan menepis pertanyaan berhubung gosip rumah tangganya, namun tidak berniat mahu menyembunyikan apa yang berlaku atau cuma berdolak dalik, cuma banyak hati yang perlu dijaga.

Atilia akui rumah tangga dilanda badai
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
LAUTAN mana tidak dilanda gelombang, bumi mana tidak ditimpa hujan dan rumah tangga mana yang tidak menghadapi masalah. Di sebalik senda gurau dan wajah yang sentiasa ceria, siapa sangka penyanyi dan pelakon terkenal, Atilia atau nama sebenarnya, Raja Putri Atilia Raja Haron sedang berhadapan krisis rumah tangga yang tidak mampu disembunyikan lagi. Beliau terpaksa akur mahligai bahagia yang dibina atas dasar cinta dengan ahli perniagaan, Ariff Johan Abdul Jalil sejak 10 tahun lalu kini dilanda badai.

Terdengar desas-desus pasangan muda ini sudah berpisah, dan ada pula yang mengatakan mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu selepas berakhirnya program realiti TV popular, Sehati Berdansa sebelum ini.

Ketika bersama suami dalam Program Sehati Berdansa di Astro Ria.
Keretakan rumah tangga mereka dikatakan berpunca dari kehadiran `orang ketiga'. Benarkah mahligai rumah tangga anak perempuan Salamiah Hassan itu kini goyah hingga boleh diumpamakan bagai telur di hujung tanduk? Begitu perlahan menyusun kata, Atilia menafikan dakwaan beliau sudah bercerai, namun mengakui rumah tangganya sedang dilanda krisis. "Khabar angin menyatakan kami sudah bercerai tidak tepat... saya masih lagi isteri Ariff hingga ke hari ini. Namun, apa yang boleh saya katakan, kami sedang menghadapi masalah dan sedang berusaha menyelamatkan rumah tangga kami," katanya. Beliau turut menyatakan sudah bosan menepis pertanyaan berhubung gosip rumah tangganya, namun tidak berniat mahu menyembunyikan apa yang berlaku atau cuma berdolak dalik, cuma banyak hati yang perlu dijaga.

"Saya tidak mahu mama tahu... saya bimbang kalau dia terkejut besar nanti. Dia langsung tidak tahu apa yang sedang berlaku. Kami masih lagi tinggal sebumbung, walaupun hubungan tidak semesra dulu. Saya dan Ariff percaya perceraian bukanlah jalan penyelesaiannya. "Justeru, kami masih memberi peluang antara satu sama lain. Cuma janganlah memperbesarkan isu rumah tangga saya, jodoh kami masih kuat. Saya juga tidak mahu tumpuan lebih diberikan kepada soal peribadi berbanding kerjaya nyanyian dan lakonan saya yang baru bersinar," katanya. Akuinya, mahligai yang dibina bergolak bukanlah berpunca daripada kehadiran orang ketiga seperti yang didakwa. Cuma apabila kepercayaan semakin tipis, cahaya rumah tangga turut pudar. "Tidak perlulah saya dedahkan apa yang berlaku, biarlah menjadi rahsia saya, cuma apa yang dapat saya katakan, apabila kepercayaan sudah tiada, hati juga jadi semakin pudar. Ariff berusaha memujuk saya dan rasanya tidak salah saya memberikannya peluang sekali lagi. "Jika tidak mampu diselamatkan, saya dan Ariff mungkin akan bertemu kaunselor untuk menyelesaikan konflik dalaman yang berlaku dengan baik," katanya yang baru dilantik sebagai Duta Lancome Malaysia.


No comments: