Tuesday, August 5, 2008

Fazura bercinta dgn B???


Kini, sejauh mana perhubungan Fazura dengan Tengku B, adakah benar anda pasangan kekasih?
"Saya tak akan tipu peminat dan media. Namun, biarlah cerita peribadi seumpama itu hanya diketahui diri sendiri. Apa yang mampu saya katakan, antara saya dan Tengku B sudah saling mengenali selama dua tahun. Bagaimanapun, saya tetap berdoa untuk bertemu jodoh yang terbaik. Bagi saya, kalau sudah bercinta, hanya setia pada satu. Saya tak suka ganggu perhubungan cinta orang lain.
"Seperkara lagi, saya ini bukannya jenis perempuan yang gemar mengkhianati cinta. Jika niat kita tidak betul terhadap pasangan yang kita cintai, saya percaya kepada hukum karma!," kata Fazura berterus-terang.
Apa komen Fazura, sebelum bertemu Tengku B, anda dikatakan pernah bercinta dengan kerabat dari selatan tanah air? Namun, khabarnya percintaan itu tidak kesampaian apabila kerabat berkenaan, kini dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan seorang selebriti terkenal. Difahamkan lagi, Fazura yang bertanggung jawab memperkenalkan kerabat berkenaan dengan selebriti itu. Apa kisah sebenarnya?
"Terus-terang saya katakan, saya dan kerabat itu tidak pernah bercinta, kami sekadar kenalan biasa. Benar, saya mengaku memperkenalkan kerabat itu kepada selebriti berkenaan selepas selebriti itu memberitahu dirinya tidak terikat dengan sesiapa, she’s lonely. Niat saya baik dan saya gembira apabila mendapat tahu mereka kini bahagia. Kerabat itu juga belum berpunya, tambahan pula dia seseorang yang disegani rakyat," akuinya lagi.
p/sss: begitu la kata nya fazura di berita harian...apa2 je la.hehe

No comments: