Tuesday, August 5, 2008

Ulasan Fahrin pasal kes putus dgn Linda





HUBUNGAN saya dan Linda (Onn) yang betul-betul rapat selama dua tahun. Namun, kenyataan itu paling gentleman dan berterus terang, tapi dalam masa sama saya perlu menghormati perasaan sesetengah pihak dan keadaan. Mungkin selama ini saya tidak berpeluang berterus-terang dengan kata-kata, tapi saya berterus-terang (hubungan bersama Linda) dengan perbuatan yang saya lakukan ke atasnya selama ini.
Saya percaya, orang lain tahu untuk menilai perhubungan kami, apa yang mereka lihat itu. Namun, sampai hari ini saya sangat menghormati perasaannya (Linda). Apabila Linda mengeluarkan kenyataan dia tidak pernah bercinta dengan saya, sebagai seorang kawan, saya harus menghormati kata-katanya. Saya hanya mampu tersenyum, yes I do feel sorry for everything but I never regret.
Sebenarnya saya tidak mahu menjadikan kenyataan saya kali ini sebagai satu episod, satu pihak mengaku dan satu pihak lagi menafikannya. Bayangkan kami hadir pada majlis hari raya, pembukaan rasmi restorannya, majlis keraian keluarga dan acara anugerah seni, orang selalu nampak saya hadir bersama Linda. Jadi, saya membiarkan pihak lain mentafsir perhubungan kami, bukannya keluar daripada mulut saya.
Mungkin Linda akan berkata, dia tidak pernah meminta semua itu (layanan Fahrin ke atas Linda), tapi sebagai teman, saya cuba memberikan yang terbaik untuknya. Orang boleh menilai, jika kami sekadar kawan biasa, takkan boleh macam tu (hubungan mesra), ke hulu ke hilir bersama. Saya juga rapat dengan keluarga Linda, jadi nilailah sendiri perhubungan kami
Sampai ke satu tahap, secara peribadi, saya berasakan istilah atau ungkapan 'teman tapi mesra' antara saya dan Linda, sudah tidak relevan lagi. Saya mungkin seorang pelakon filem dan drama, tapi dalam dunia nyata, realiti, saya tak suka hipokrit. Bagi saya, apabila saya ada teman istimewa, saya lebih selesa berterus-terang.
Lihatlah, betapa saya menghormati istilah 'teman tapi mesra', tak pernah dalam masa dua tahun itu, saya keluar dengan orang lain, kecuali Linda sekalipun dia sekadar teman saya. Sepanjang saya berkawan dengan Linda, sampai satu tahap, saya sendiri tertanya-tanya, kenapa perkara seumpama ini perlu berterusan (situasi 'teman tapi mesra'). Mungkin untuk tempoh enam bulan, setahun, ungkapan 'teman tapi mesra' itu masih relevan, tapi apabila kami sudah dilihat banyak kali keluar bersama, bagi saya ungkapan berkenaan tidak boleh diterima pakai lagi.

No comments: